Rugi hampir RM1 juta, tauke kedai runcit ditipu Sarjan Tan

Rugi hampir RM1 juta, tauke kedai runcit ditipu Sarjan Tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang peniaga kedai runcit kerugian hampir RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan melalui panggilan telefon sejak Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, mangsa berusia dalam lingkungan 50-an itu kehilangan RM922,300.87 akibat terpedaya dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Tan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

ARSHAD ABU

Katanya, suspek mendakwa akaun bank mangsa telah digunakan oleh pengurus sebuah bank bagi menjalankan aktiviti penipuan, lantas mengarahkan mangsa menuruti semua arahannya jika tidak mahu ditangkap.

“Pada 20 Disember 2023, suspek telah mengarahkan pengadu meninggalkan kad bank berserta nombor pin di sebuah tempat di Simpang Ampat di sini, tanpa perlu berjumpa suspek.

“Mangsa turut diarahkan membuka cek atas nama sebuah syarikat berjumlah RM420,000, seterusnya cek tersebut telah dimasukkan ke dalam mesin cek sebuah cawangan bank.

“Ketika membuat semakan terhadap akaun bank miliknya, mangsa mendapati wujud beberapa transaksi dari akaunnya ke akaun tidak dikenali sebanyak RM502,300.87,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Arshad, mangsa yang kemudiannya menyedari ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat pada Selasa lalu.

“Pada 9 Januari 2024, mangsa sekali lagi menerima panggilan yang memintanya membuat transaksi, namun tidak dituruti kerana sedar bahawa dirinya telah diperdaya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya