Dua wanita Thailand antara dalang sindiket dadah di Melaka

Dua wanita Thailand antara dalang sindiket dadah di Melaka

PELBAGAI jenis dadah dan pistol yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Saga, Malim, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sindiket pengedaran dadah didalangi dua wanita warga Thailand tumpas selepas polis menyerbu sebuah rumah di Taman Saga, Malim di sini dan berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM650,000.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Md. Nazri Zawawi berkata, dua wanita itu antara tiga individu diberkas pihaknya yang berusia antara 25 hingga 27 tahun.

Beliau berkata, dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada pukul 8.15 malam Ahad lalu, dadah yang dirampas dipercayai untuk bekalan seramai 69,597 penagih.

“Pemeriksaan di premis terbabit telah menjumpai pelbagai jenis dadah dan sepucuk pistol jenis CZ 85 H.

“Dadah ditemui adalah cecair ketamin sebanyak 279,840 mililiter (ml), erimin 5 551 gram (g), ekstasi (26 g), ketamin (6,734 g), serbuk ketamin (5,250 g) dan serbuk ekstasi (1,224 g).

“Polis turut merampas barang kemas dan sebuah kereta Proton Saga BLM bernilai kira-kira RM39,147 serta wang tunai berjumlah RM803,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Md. Nazri, sindiket itu dipercayai aktif sejak empat bulan lalu dengan menyasarkan penagih tempatan.

Jelasnya, ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek adalah negatif, namun seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 4 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya