Murid darjah enam trauma, diliwat sebanyak 30 kali

Murid darjah enam trauma, diliwat sebanyak 30 kali

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang murid darjah enam trauma selepas dipercayai diliwat sebanyak 30 kali oleh rakan sebiliknya di sebuah asrama mualaf yang diuruskan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, sejak Mei lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 20 tahun itu kini direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

ZAINOL SAMAH

Beliau berkata, mangsa pertama kali diliwat suspek tanpa kerelaan pada pukul 3 pagi, 14 Mei 2023 di asrama lelaki berkenaan.

“Kemudian pada 15 Mei 2023 lebih kurang pukul 2 pagi, suspek telah meliwat pengadu di tempat sama.

“Pada pukul 10 malam 20 Mei 2023 pula, suspek telah membawa pengadu ke tandas asrama dan menyuruh pengadu untuk meliwat suspek. Disebabkan berasa takut, pengadu mengikut sahaja kehendak suspek.

“Sepanjang pengadu berada di asrama, suspek telah meliwat pengadu sebanyak 30 kali. Selepas kejadian tersebut, pengadu hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan hal tersebut kepada sesiapa kerana bimbangkan keselamatan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Zainol, pada pukul 11.45 pagi Ahad lalu, suspek telah datang ke rumah mangsa setelah kanak-kanak itu memberitahu kejadian berkenaan kepada ayahnya.

Jelasnya, ayah mangsa telah bertindak memukul suspek hingga menyebabkan luka pada bahagian kepala.

“Selepas itu, tiga anggota polis dan lapan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) telah sampai di lokasi dan membawa suspek ke balai. Mangsa juga ke balai untuk membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Ibu mangsa merupakan pembantu guru mualaf. Mangsa tinggal di asrama itu sejak April 2023 kerana ibunya merupakan seorang mualaf yang bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita. Manakala ayahnya bekerja dan jarang berada di rumah. Pengadu tinggal di asrama berkenaan bagi memudahkannya untuk ke sekolah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya