Kapal dari Panama ditahan di Pulau besar

Kapal dari Panama ditahan di Pulau besar

KAPAL kargo yang ditahan APMM di kedudukan 8.8 batu nautika barat daya Pulau Besar, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Panama ditahan di kedudukan 8.8 batu nautika barat daya Pulau Besar di sini, pada pukul 11.40 malam tadi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abdul Aziz berkata, Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) telah mengesan sebuah kapal kargo disyaki bersauh tanpa kebenaran.

Beliau berkata, seramai 14 kru termasuk kepten kapal warga Ukraine berusia dalam lingkungan 22 hingga 70 tahun berada di atas kapal itu.

“Berikutan maklumat yang diterima, bot Petir 84 yang sedang membuat rondaan Op Murni dan Op Tiris Fasa 2.0 telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya mengesan kapal dilaporkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal yang didaftarkan di Panama itu disyaki melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Khairi, seorang kru dibawa ke pejabat bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu berlabuh tanpa kebenaran.

“APMM sentiasa peka dan serius melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan undang-undang agar perairan negara selamat daripada sebarang aktiviti yang menggugat keselamatan negara.

“Bagi membanteras kegiatan seperti itu, orang ramai diminta untuk membantu dengan menyalurkan sebarang maklumat salah laku di laut ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya