Anggota tentera pukul isteri, polis buka kertas siasatan

Anggota tentera pukul isteri, polis buka kertas siasatan

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis Melaka mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung video tular yang memaparkan seorang anggota tentera berpakaian celoreng Tentera Darat memukul wanita dipercayai isterinya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kejadian berlaku pada 15 Disember lalu di sebuah pangsapuri di Sungai Udang di sini.

ZAINOL SAMAH

Ujarnya, mangsa berumur 38 tahun yang dipukul merupakan isteri kepada pelaku yang merupakan anggota tentera di Kem Sungai Udang.

“Kejadian berlaku pada 15 Disember 2023 di sebuah perumahan flat berdekatan Sungai Udang, Melaka.

“Seorang perempuan Melayu telah dipukul suaminya berusia 25 tahun yang juga merupakan anggota tentera di sebuah kem di Sungai Udang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Setakat ini, polis sudah memanggil lelaki itu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 32 saat itu tular sejak semalam di platform X.

Berdasarkan rakaman itu, kedengaran suara seorang wanita merayu supaya suaminya bertenang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi secara baik.

Bagaimanapun, anggota tentera itu tetap berkeras dan meninggikan suara mengarahkan mangsa masuk ke dalam rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya