Polis selesai rakam percakapan wanita Kemboja

Polis selesai rakam percakapan wanita Kemboja

TANGKAP layar video tular seorang wanita yang mengaku dirinya berasal dari Kemboja dan mengeluarkan kata-kata ‘Melayu malas’.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis telah merakam percakapan ahli perniagaan wanita warga Kemboja yang mendakwa orang Melayu malas dalam satu video tular, baru-baru ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, wanita itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Selasa dan siasatan dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka.

ZAINOL SAMAH

Katanya, seramai lapan individu turut dipanggil bagi membantu siasatan dan dirakam percakapan bermula Ahad lalu hingga hari ini.

“Polis dalam proses melengkapkan siasatan berdasarkan maklumat dan keterangan yang diperolehi. Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin oleh pegawai penyiasat sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selasa lalu, Utusan Malaysia melaporkan, sebanyak 14 laporan polis diterima melibatkan video tular seorang wanita yang mengaku dirinya berasal dari Kemboja dan mengeluarkan kata-kata ‘Melayu malas’.

JSJ negeri telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya