Kereta disimbah cat merah, rumah dilontar koktail Molotov

Kereta disimbah cat merah, rumah dilontar koktail Molotov

DENIS Lim bertanyakan sesuatu kepada Siok Kuan berhubung kejadian along menyimbah cat merah dan membaling koktail Molotov di Taman Seri Rambai, Bukit Rambai, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Gara-gara si anak membuat pinjaman dan tidak melangsaikan hutang along, kereta milik pasangan suami isteri warga emas disimbah cat merah dalam kejadian yang berlaku di Taman Seri Rambai dekat sini, minggu lalu.

Kira-kira pukul 7.00 pagi pada 4 Oktober lalu, Siok Kuan, 61, semasa membuka pintu rumah mendapati, kereta Proton Iswara miliknya disimbah cat.

Biro Pengaduan Awam MCA Melaka, Denis Lee berkata, bukan setakat kereta disimbah cat, along terlibat turut meninggalkan tiga surat ugutan atas nama anak mangsa yang kini bekerja di Singapura.

Menurutnya, dua hari selepas kejadian, rumah pasangan itu turut dibaling botol berisi petrol dipercayai koktail Molotov pada pukul 4.00 pagi, 6 Oktober lalu.

“Mujurlah pasangan itu menyedari kejadian itu lalu keluar rumah serta memadamkan api daripada koktail Molotov. Dua kejadian tersebut menyebabkan pasangan ini berada dalam ketakutan dan bimbang along akan bertindak lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambah Denis, pasangan itu turut menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp dihantar nombor telefon tidak dikenali yang turut mengancam akan membakar rumah mereka, jika anak mangsa tidak menyelesaikan hutang.

“Setakat ini, mereka telah membayar hutang sebanyak RM17,000 namun along masih meminta tambahan sebanyak RM5,000.

“Pasangan suami isteri ini juga telah membuat laporan berhubung kejadian pada 4 Oktober lalu di Balai Polis Batang Tiga pada hari kejadian. Mereka membuat laporan itu kerana bimbang, along setakat ini tidak berhenti mengganggu dan meminta polis mengambil tindakan ke atas individu terbabit,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya