Bomoh direman tujuh hari, dipercayai rogol pelajar tingkatan empat

Bomoh direman tujuh hari, dipercayai rogol pelajar tingkatan empat

SUSPEK direman tujuh hari bermula hari ini selepas perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang jurulatih Muay Thai yang mendakwa dirinya sebagai bomoh direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang pelajar perempuan tingkatan empat di kawasan semak berhampiran sebuah pasar raya di Malim di sini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Khairunnisak Hasni terhadap suspek lelaki berusia 50 tahun.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pada mulanya suspek dipercayai datang ke rumah remaja berusia 16 tahun itu untuk mengubati ibu saudara mangsa.

Ujarnya, suspek kemudiannya memberitahu ibu mangsa bahawa dia mahu mengubati remaja berkenaan kerana mendakwa terdapat pendamping di badan mangsa.

“Suspek memberitahu ibu mangsa dia akan datang pada tarikh lain bagi mengubati remaja itu. Pada 25 Ogos, mangsa mendakwa suspek telah membawanya bersama ibu dan bapa saudaranya ke kawasan di pasar raya di Malim untuk berubat.

“Suspek dikatakan menyuruh ibu dan bapa saudara mangsa keluar untuk membeli makanan dan meninggalkan mangsa bersama suspek berdua di kawasan semak, sebelum merogol remaja itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Zainol, oleh kerana takut perbuatan itu diketahui umum, suspek dipercayai kerap datang ke rumah mangsa dengan tujuan untuk mengubatinya.

Jelasnya, mangsa mendakwa telah dirogol sebanyak empat kali di tempat lain dari Ogos sehingga Oktober. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN