Tekanan ekonomi antara punca peningkatan kes bunuh di Melaka

Tekanan ekonomi antara punca peningkatan kes bunuh di Melaka

ZAINOL Samah menyaksikan penyerahan tugas Mohamed Mahat (kiri) kepada Md. Nazri Zawawi (kanan) pada Majlis Serah Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Melaka di Auditorium IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tekanan ekonomi menjadi antara punca kes bunuh di Melaka meningkat secara mendadak sehingga 10 peratus, dedah Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah.

Zainol berkata, meskipun indeks jenayah di negeri ini menunjukkan trend penurunan 7.5 peratus, beberapa jenayah serius seperti bunuh, rogol dan samun berkawan tanpa senjata api mencatatkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

Ujarnya, terkini sebanyak 10 kes bunuh dicatatkan berbanding hanya empat kes tahun lalu, manakala jenayah rogol pula 35 kes meningkat lima peratus dan samun dengan 45 kes iaitu pertambahan 21 kes.

“Kita merekodkan 10 kes bunuh dalam tempoh tujuh bulan ini, sembilan berlaku di daerah Melaka Tengah dan satu di Jasin.

“Siasatan kes-kes ini masih dilakukan, memang ada sebahagian kes berlaku disebabkan tekanan ekonomi seperti masalah pinjaman dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, hari ini.

Majlis menyaksikan penyerahan tugas oleh pemangku, Asisten Komisioner Mohamed Mahat kepada Senior Asisten Komisioner Md. Nazri Zawawi.

Pada 5 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun maut dipercayai dicekik abang kandungnya berusia 14 tahun di Kampung Bukit Piatu.

Seterusnya pada 10 Julai, dua mayat lelaki bertatu yang dipercayai dibunuh kira-kira tiga hari lalu ditemui dalam semak di Jalan Kampung Ujong Padang, Cheng.

Kemudian pada 12 Julai, seorang guru tadika berusia 56 tahun ditemui maut dalam rumahnya di Taman Kota Laksamana selepas dipercayai menikam dirinya menggunakan pisau.

Tambah Zainol, kes rogol direkodkan meningkat di Melaka Tengah dengan 22 kes direkodkan, manakala Jasin mempunyai lima kes dan Alor Gajah lapan kes iaitu menurun satu kes.

“Kes rogol ini ada beberapa kategori, sebahagian besar melibatkan pelajar atau remaja. Selain itu, ada beberapa kes (pelaku dan mangsa) mempunyai pertalian keluarga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya