Guru tadika tikam leher anak OKU sebelum bunuh diri

Guru tadika tikam leher anak OKU sebelum bunuh diri

KEJADIAN berlaku dalam rumah dua beranak berkenaan di Taman Kota Laksamana, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang guru tadika berusia 56 tahun ditemui maut dalam rumahnya di Taman Kota Laksamana di sini, petang semalam selepas dipercayai menikam dirinya menggunakan pisau.

Difahamkan, sebelum itu wanita berkenaan cuba membunuh anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 26 tahun dengan menikam leher mangsa.

Kejadian terbongkar selepas anak wanita itu yang terselamat, namun mengalami kecederaan parah menelefon neneknya dan memaklumkan, lehernya ditikam oleh si mati.

Seorang ahli keluarga yang enggan namanya disiarkan berkata, nenek mangsa yang juga ibu kepada si mati bersama beberapa ahli keluarga telah ke lokasi kejadian kira-kira pukul 3 petang untuk memeriksa keadaan kedua-dua beranak itu.

Katanya, mangsa keluar dari rumah dalam keadaan baju berlumuran darah dan mendapati, si mati dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di bahagian ruang tamu.

“Mangsa beritahu ibunya telah menyuruhnya menelan banyak parasetamol dan tidur dalam keadaan tidak berbaju sebelum tiba-tiba menikam lehernya menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Tambahnya, beberapa hari sebelum tragedi, si mati berubah menjadi pendiam dan tindak-tanduknya dilihat seperti tertekan.

“Kami syak dia ingin mati bersama anaknya, dia seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak. Mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik, manakala anak sulung berusia 28 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya