57 pelajar terlibat buli di Melaka, permainan video jadi punca

57 pelajar terlibat buli di Melaka, aksi ganas permainan video jadi punca

PERLAKUAN buli disebabkan pengaruh permainan video agak tinggi berbanding faktor lain seperti kesihatan mental. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Aksi ganas yang ditonjolkan dalam permainan video dikenal pasti antara punca berlakunya kejadian buli di sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat Jun lalu sebanyak 28 kes buli di negeri ini telah dilaporkan membabitkan 57 pelajar.

RAHMAD MARIMAN

Katanya, perlakuan buli disebabkan pengaruh permainan video agak tinggi berbanding faktor lain seperti kesihatan mental.

“Permainan video memberi pengaruh buruk kepada anak-anak. Unsur keganasan itu kemudiannya akan mempengaruhi mereka untuk melakukan keganasan kepada golongan yang lemah.

“Justeru, ibu bapa diminta mengawal perkara ini disebabkan daya pemikiran mereka yang mudah terpengaruh,” katanya dalam sidang akhbar ketika Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Rahmad, beberapa tindakan membabitkan kesalahan buli telah diambil seperti amaran, amaran lisan, gantung sekolah, rotan dan dibuang sekolah.

“Seramai 11 orang telah dikenakan tindakan amaran manakala amaran lisan (lima), dibuang sekolah (lapan), digantung sekolah (15) dan rotan (18)” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya