Rugi RM200,000, 50 ekor lembu mati diracun

Rugi RM200,000, 50 ekor lembu mati diracun

SALAH seekor daripada 50 lembu yang mati dipercayai diracun di Machap Umboo, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Dua penternak yang juga adik-beradik terpaksa berputih mata menanggung kerugian hampir RM200,000 selepas 50 ekor lembu milik mereka ditemui mati dipercayai diracun di Machap Umboo di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, haiwan itu sebelum kejadian dibiarkan berkeliaran mencari makan dalam ladang kelapa sawit berhampiran dan dipercayai telah menceroboh masuk kawasan kebun durian bersebelahan, memandangkan terdapat kesan pagar roboh akibat dirempuh.

Ujarnya, satu laporan polis berkaitan kes khianat telah dibuat oleh salah seorang penternak berusia 43 tahun itu.

“Mengikut laporan dibuat, pengadu menyedari kejadian itu selepas pekerjanya datang ke rumah memaklumkan dua ekor lembu ternakan keluarganya telah mati di kebun berhampiran.

“Pengadu dan adik lelakinya terus ke kebun tersebut dan mendapati 50 ekor lembu ternakan mereka mati di kawasan tanaman berkenaan.

“Kali terakhir pengadu melihat ternakannya adalah pukul 6.30 petang kelmarin dan haiwan itu tidak dimasukkan ke dalam kandang kerana bimbang hujan lebat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

SATU laporan polis berkaitan kes khianat telah dibuat oleh salah seorang penternak berusia 43 tahun itu.

Tambah Arshad, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengambil sampel ujian yang mana ia ditemui mati dengan keadaan mulut berbuih, organ keluar darah dan keadaan dalaman abnormal.

“Anggaran kerugian dialami penternak adalah RM200,000, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya