Kedai telefon jadi ‘sarang judi’ bola golek

Kedai telefon jadi ‘sarang judi’ bola golek

EMPAT daripada enam individu yang ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan judi bola golek di sebuah premis menjual aksesori telefon bimbit di Batu Berendam, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebuah premis menjual aksesori telefon pintar di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini diserbu sepasukan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah Rabu lalu kerana terlibat dengan aktiviti perjudian bola golek.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, seramai enam individu termasuk seorang wanita warga asing berusia 26 hingga 41 tahun ditahan.

Katanya, ketika serbuan, terdapat dua lelaki yang bertindak sebagai penjaga premis sementara dua lagi lelaki sebagai pemain permainan disyaki judi bola golek.

“Hasil soal siasat terhadap penjaga premis, polis kemudiannya membuat serbuan di tingkat atas premis yang sama dan berjaya menahan seorang lelaki dan wanita warga asing yang mengaku sebagai penganjur.

“Peralatan serta wangi tunai untuk kegunaan berjudi dirampas dan di bawa balik ke IPD Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya. Kesemua individu direman selama tiga hari,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu bermain judi di tempat awam.

Jelasnya, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya