Rohingya Semabok tinggalkan rumah sewa sebelum digempur

Rohingya Semabok tinggalkan rumah sewa sebelum digempur

ANGGOTA penguat kuasa membuat pemeriksaan kepada salah seorang etnik Rohingya di Jalan Pulau Senang, Semabok, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih 230 etnik Rohingya yang menjadikan kawasan di sekitar Jalan Pulau Senang, Semabok di sini sebagai penempatan haram bertempiaran lari dan ada yang meninggalkan rumah sewa masing-masing, sebelum lokasi itu digempur pihak berkuasa secara bersepadu tengah malam tadi.

Operasi yang dijalankan lima agensi penguatkuasaan itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem bermula pukul 12.30 tengah malam sehingga 3.30 pagi tadi.

Mohd. Noor Helmy berkata, kawasan itu diperiksa selepas pelbagai isu sosial timbul melibatkan kumpulan pelarian berkenaan termasuk kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak warga tempatan, Disember tahun lalu.

“Kita percaya kawasan ini telah menjadi perkampungan Rohingya dengan jumlah penduduk sekitar 236 orang.

“Dalam operasi ini kita dapati kawasan yang sebelum ini didiami mereka kini kebanyakan rumah itu kosong.

“Hanya tinggal beberapa buah rumah, kurang daripada 10 orang Rohingya dikesan, mereka pindah ke mana saya tidak tahu tetapi kita nampak pergerakan mereka mula keluar meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat operasi.

 

MOHD. NOOR HELMY Abdul Halem bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di Jalan Pulau Senang, Semabok, Melaka.

 

Tambah Mohd. Noor Helmy, status Rohingya yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) membuatkan ada di antara mereka ‘besar kepala’ tidak mengendahkan dan menghormati masyarakat setempat.

Jelasnya, pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen juga akan terus berhadapan dengan kesukaran mengawal tindak-tanduk pelarian dari Myanmar itu.

“Kita tidak ada undang-undang yang mengikat atau melarang tuan tanah (penyewa) menyewakan rumah kepada pelarian kerana kehadiran mereka ini sah, kalau macam pendatang asing tanpa izin berbeza.

“Kalau tangkap esok lepas balik, tidak ada kesudahan, kalau nak usir pun, nak usir ke mana? Isu sosial membabitkan mereka ini ibarat bulatan, semakin lama semakin besar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya