BUTTERWORTH: Dakwaan seorang pelajar Tingkatan Satu yang didenda melutut sambil mengangkat tangan semasa perhimpunan di sebuah sekolah menengah di Tasek Gelugor, dekat sini Selasa lalu masih dalam siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, berdasarkan keterangan saksi daripada beberapa pelajar serta guru berbangsa Melayu dan India menyatakan tidak nampak pengadu didenda melutut semasa perhimpunan berlangsung.
“Saksi juga nampak tali suci berwarna merah pada tangan pengadu dan tanda dahinya juga masih ada selepas tamat waktu persekolahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, seorang guru wanita tampil membuat laporan polis tengah malam tadi bagi menafikan semua dakwaan yang dibuat pelajar terbabit.
Tambah beliau, hasil siasatan awal juga mendapati pengadu baru bertukar ke sekolah berkenaan pada Oktober lalu.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar membabitkan kes penghinaan terhadap agama kerana boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.
“Kita amat memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat,” katanya yang menambah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, beberapa portal berita melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di Tasek Gelugor didakwa didenda melutut sambil mengangkat tangan di atas jalan tar ketika perhimpunan apabila didapati memakai kasut berpelekat.
Pelajar itu turut mendakwa guru terbabit memotong tali suci di tangannya selain disuruh membuang titik hitam (pottu) dan tanda putih (vibuthi) di dahinya.
Pengadu kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada bapanya dan tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN
Saksi tidak nampak pengadu didenda melutut
- Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
- 4 November 2022, 9:07 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Tags: JENAYAH
BERITA BERKAITAN
Rempuh mati pelajar UiTM Dungun: Wujud elemen jenayah – Ketua Polis Terengganu
15 Oktober 2024, 4:59 pm
Rogol dalam kereta: 2 lelaki dipenjara 11 tahun, 2 sebatan
20 September 2024, 5:04 pm
Dua beranak ditemukan mati, seorang tidak bermaya dipercayai kelaparan
24 Ogos 2024, 10:34 pm