Nilai rampasan Op Benteng RM856 juta - Utusan Malaysia

Nilai rampasan Op Benteng RM856 juta

HAMID Mohd. Amin ketika berucap merasmikan Seminar Penguatkuasaan Maritim di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemakmuran perairan negara ini dengan kemewahan sumber perikanan bukan sahaja dicemburui banyak negara asing, malah dijadikan transit pelbagai kegiatan jenayah.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), nilai rampasan RM856,179,920  direkodkan menerusi pelaksanaan Op Benteng yang diaktifkan semula sejak Mei 2020 lalu.

Perkara itu dibongkar oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, APMM, Laksamana Muda Maritim Hamid Mohd. Amin yang memberitahu, ia melibatkan kes penyeludupan manusia, dadah, barangan gelap dan produk kawalan lain disita melalui Op Benteng di bawah National Task Force yang masih diteruskan.

Hamid berkata, operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi agensi itu juga mencatatkan 5,572 kes penahanan seramai 19,805 pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sebelum itu, APMM turut terlibat dalam Op Naga sejak 2019 yang kemudian menjadi penanda aras bagi tahap keberkesanan kolaborasi antara berbilang agensi penguatkuasaan tempatan sekali gus merekodkan 490 tangkapan bot nelayan luar negara dengan penahanan 3,589 kru warga asing dan rampasan yang bernilai RM735 juta.

“Kejayaan Op Naga juga dijadikan panduan pelaksanaan terkini Op Mardof 2022 dengan kerjasama Jabatan Perikanan yang mencatatkan 26 kes meliputi bot nelayan asing dan tempatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan Maritim di sini hari ini.

Ditanya kenapa perairan Malaysia menjadi tumpuan nelayan luar, beliau merujuk satu kajian bebas dilakukan di Jepun yang mendapati perairan negara ini amat mewah sumber perikanan dan turut menjadi lubuk simpanan tinggi galian minyak serta gas asli selain tarikan destinasi pelancongan maritim yang kurang ada di kebanyakan negara jiran.

 “Ada profesor di Jepun yang membuat kajian itu merumuskan laut Malaysia seperti gula dan amat menarik banyak semut datang tanpa henti kerana tiada di tempat lain sendiri,”jelasnya.

 Bahkan lebih membanggakan lagi, penyelidikan itu mendapati perundangan maritim Malaysia cukup lengkap yang begitu menjaga kepentingan semua pihak terlibat berbanding negara lain.-UTUSAN OMLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya