Masalah dadah tak selesai selagi ketua bermaharajalela - Utusan Malaysia

Masalah dadah tak selesai selagi ketua bermaharajalela

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sindiket dadah di negara ini tidak boleh `dibersihkan’ sepenuhnya selagi ketua-ketuanya masih bermaharajalela. 

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata,  pihaknya akan mempertingkatkan operasi dan serbuan bagi mencekup ketua-ketua sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah bagi memerangi musuh nombor satu negara itu. 

Menurut beliau, buat masa ini  terdapat dalang-dalang sindiket dalam radar JSJN dan diburu pihak polis.

“Isu ini tidak akan habis di situ sahaja. mereka (sindiket) akan mencari ruang dan jalan untuk teruskan aktiviti mereka.

“Sejak saya ambil alih JSJN, tumpuan sasaran bagi menangkap tokan dadah malah hampir 1,500 mereka ini  ditahan tempoh lima bulan ini,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka JSJN Bukit Aman di Pusat Latihan Polis di sini hari ini. 

Beliau ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang meminta JSJN meningkatkan momentum operasi bagi memerangi kegiatan pengedaran dadah perlu demi menjamin masa depan remaja di negara ini. 

Semalam, Hamzah mendedahkan, seramai 5,877 penagih yang selesai menjalani rawatan di bawah agensi itu dikesan kembali menagih pada tahun lalu.

Beliau dilaporkan berkata, jumlah itu diperoleh daripada keseluruhan 15,000 penagih yang selesai menjalani proses merawat pulih masalah penagihan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya