Tuntutan palsu: Pengarah, guru besar direman tiga hari - Utusan Malaysia

Tuntutan palsu: Pengarah, guru besar direman tiga hari

SEORANG pengarah teknikal sebuah syarikat swasta dan guru besar sebuah sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah reman selepas disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM83,335 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pengarah teknikal sebuah syarikat swasta serta guru besar sebuah sekolah jenis kebangsaan selama tiga hari bermula hari ini.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani menetapkan reman tersebut terhadap lelaki berusia 47 dan wanita 55 tahun itu selepas disyaki terlibat dalam tuntutan palsu bagi kerja-kerja pendawaian elektrik di sekolah terbabit yang semua benilai RM83,335.

Perintah tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) itu dikatakan terbabit melakukan kesalahan tersebut sekitar Ogos 2020 dengan mengemukakan tuntutan kepada pihak sekolah bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Pengarah berkenaan disyaki mengemukakan butir matan palsu dalam tuntutannya sebelum disahkan disahkan guru besar terbabit yang ketika itu berkhidmat sebagai guru penolong kanan.

Kedua-dua individu itu  kemudian ditahan SPRM sekitar pukul 12 tengah hari semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya