Suami isteri gagal seludup mercun - Utusan Malaysia

Suami isteri gagal seludup mercun

MERCUN dan bunga api yang berjaya dirampas polis selepas menahan pasangan suami isteri di jalan Pasir-Rantau Panjang, Kelantan, semalam. Foto Ihsan Polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Cubaan sepasang suami isteri menyeludup pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM17,600 gagal apabila kereta jenis Proton Saga dinaiki mereka ditahan polis di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pasangan suami isteri yang ditahan itu berusia 38 dan 42 tahun.

Menurutnya, semasa melakukan rondaan rutin, anggota unit kereta peronda (MPV)  terserempak dengan sebuah Proton Saga dipandu dalam keadaan mencurigakan di persimpangan lampu isyarat Kampung Lati-Lubok Jong pada pukul 10 malam.

“Susulan itu, anggota bertugas terus bertindak dan mengarahkan pemandu kereta tersebut untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

“Pasangan suami isteri itu kemudian bertindak menghentikan kereta mereka untuk pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, pemeriksaan ke atas kereta itu telah menjumpai kotak-kotak mengandungi mercun dan bunga api.

Katanya, kesemua rampasan mercun termasuk kereta dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya