Polis serbu tiga premis curi elektrik di Hilir Perak - Utusan Malaysia

Polis serbu tiga premis curi elektrik di Hilir Perak

SEBAHAGIAN mesin yang digunakan untuk aktiviti perlombongan bitcoin yang dirampas dalam serbuan di tiga premis di Teluk Intan semalam. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Polis Hilir Perak berjaya membongkar kegiatan mencuri elektrik untuk aktiviti perlombongan mata wang bitcoin selepas menyerbu tiga premis di sini semalam.

Serbuan selama dua jam bermula pukul 12 tengah hari itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama juruteknik khas Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya merampas 305 unit mesin bernilai RM610,000 yang digunakan untuk aktiviti tersebut.

“Dalam serbuan pertama di premis di Taman Intan Baru, kita merampas 90 set mesin bitcoin bersama bekalan kuasa manakala serbuan di Taman Melor Sejati dan di Hutan Melintang pula rampasan membabitkan 96 dan 119 set mesin bitcoin bersama bekalan kuasa. 

“Ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiga premis berkenaan tiada penghuni dan tiada tangkapan dilakukan setakat ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, premis itu dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan sejak sebulan lalu dan usaha sedang dibuat bagi mengesan pemilik premis tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(3)(e) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya. –UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya