Bunuh kekasih sebelum tikam diri sendiri - Utusan Malaysia

Bunuh kekasih sebelum tikam diri sendiri

ANGGOTA polis dan kesihatan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) memandangkan salah seorang si mati disahkan positif Covid-19. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Akibat perselisihan faham, seorang lelaki dipercayai bertindak membunuh kekasihnya sebelum menikam diri sendiri menggunakan pisau sayur dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Merdeka di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang membabitkan pasangan berusia 20-an. 

Katanya, maklumat awal diterima daripada rakan wanita itu yang telah datang ke kediaman tersebut selepas mangsa menghubunginya untuk meminta tolong. 

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati rumah dalam keadaan berkunci dan pihak polis berjaya masuk ke dalam dengan bantuan pasukan bomba. 

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah telah menjumpai dua mayat, dipercayai pasangan kekasih berusia 20-an dan siasatan awal kita syaki wanita itu telah dibunuh sebelum suspek lelaki bertindak menikam diri sendiri,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Mengulas lanjut mengenai motif kejadian, beliau memberitahu, hasil siasatan awal, pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan tersebut. 

“Mangsa wanita sempat meminta tolong kepada rakannya memberitahu mengenai pertengkaran yang berlaku, jadi kita syaki terdapat salah faham dalam perhubungan mereka.

“Kita juga menjumpai satu botol minyak tanah berhampiran si mati dan mengesyaki dia telah minum bahan bakar itu untuk membunuh diri, namun gagal,” katanya.

Tambahnya, polis juga menjumpai kesan tikaman dan pisau pada dada si mati lelaki, selain pemeriksaan aplikasi MySejahtera mendapati mangsa wanita disahkan positif Covid-19. 

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan punca kematian pasangan itu. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya