PETALING JAYA : Keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dipercayai diambil sekali lagi hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, Rohana dipanggil kira-kira pukul 9 pagi ini bagi siasatan lanjut berhubung pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc., Tim Leissner dalam dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat baru-baru ini.
“Ya, SPRM panggil Rohana sekali lagi,” kata sumber itu.
Sebelum ini, Utusan Malaysia mendedahkan, siasatan terhadap Rohana dilakukan SPRM mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.
Malah, SPRM juga telah mengeluarkan perintah pembekuan ke atas aset dan akaun bank milik
Sebelum, perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat bertukar sensasi selepas Leissner memberi keterangan yang dia mempunyai hubungan sulit dengan Rohana.
Memetik laporan Bloomberg, ketika ditanya oleh pendakwa, Drew Rolle mengenai hubungan sulit berkenaan, Leissner memetik beberapa termasuk Rohana, menjelaskan hubungan itu sudah berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.
Leissner turut ditanya sama ada dia pernah memberikan sejumlah wang diterima daripadanya semasa bekerja dengan 1MDB dan dia mengaku, malah membelikan kekasihnya rumah tersebut pada 2013 selepas Rohana mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.
Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang anti rasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang. –UTUSAN ONLINE