Pegawai SPRM terlibat kehilangan RM25 juta didakwa esok - Utusan Malaysia

Pegawai SPRM terlibat kehilangan RM25 juta didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa terlibat dengan kehilangan wang RM25 juta dijangka dihadapkan ke mahkamah berhubung kes itu esok.

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu menerima kebenaran untuk mendakwa seorang pegawai suruhanjaya tersebut di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

“Tiga individu iaitu seorang pegawai SPRM dan dua pengurus syarikat dalam dua kes berbeza didakwa esok pada pukul 8.15 pagi,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, pendakwaan tersebut melibatkan kejadian kehilangan RM25 juta.

September lalu, SPRM menahan tiga pegawainya selepas bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas suruhanjaya itu ketika menyiasatnya pada 2018 telah hilang.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan seorang pegawai SPRM yang didakwa terlibat dengan kecurian duit berkenaan kini ditahan di Penjara Simpang Renggam melibatkan Johor mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pegawai berusia 40 tahun itu menjalani hukuman dua tahun disebabkan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya