PETALING JAYA : Aktivis, Fahmi Redza mendakwa pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung grafik yang dihasilkannya bertajuk #HouseOfBalak.
Menurut lelaki itu, dia dijangka dipanggil untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok.
“Polis sudah buka kertas siasatan baru tahun 2022 terhadap aku bawah Akta Hasutan dan #AktaSakitHati kerana grafik satira pertama yang aku post tahun ni pasal #HouseOfBalak.
“Macam biasa aku dipanggil untuk disoal siasat esok, kali ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Kita jumpa esok PDRM,” tulis beliau dalam hantaran Facebook beliau hari ini.
Fahmi sebelum ini pernah ditahan polis susulan hantaran dibuatnya mengenai Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. -UTUSAN ONLINE