Buli: Dua lagi pelajar ditahan - Utusan Malaysia

Buli: Dua lagi pelajar ditahan

TANGKAP layar rakaman video kejadian buli pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang tular. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua lagi pelajar tingkatan satu dipercayai suspek kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, penahanan dua remaja itu menjadi jumlah keseluruhan yang telah ditahan seramai enam orang.

“Dua lagi pelajar lelaki ditahan ketika mereka hadir ditemani keluarga ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar malam tadi,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, empat pelajar berusia 13 tahun ditahan sekitar pukul 6 hingga 7 petang ketika mereka hadir ke IPD Kuala Kangsar, semalam.

Kesemua mereka ditahan untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Terdahulu, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di dalam asrama.

Video tersebut tular di Twitter dan mendapat perhatian warganet dengan tontonan sebanyak 528,000 serta lebih 30,000 perkongsian. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya