KOTA BHARU: Kehidupan penduduk Kelantan tidak lagi tenteram kebelakangan ini apabila kumpulan ah long dikatakan sanggup masuk ke ceruk kampung sekitar daerah ini, Pasir Mas dan Jeli bagi mengesan peminjam yang gagal membayar hutang. Difahamkan, individu yang meminjam wang daripada ah long bukan sahaja golongan peniaga dan bekerja sendiri, malah ada dalam kalangan penjawat awam yang mendakwa mereka terkesan ketika musim pandemik. Kumpulan ah long terbabit dikatakan mengugut keluarga peminjam, terutama golongan warga emas yang tinggal bersendirian di kampung-kampung yang tidak tahu menahu tentang pinjaman tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya