Lelaki lemas mandi di Sungai Kedondong - Utusan Malaysia

Lelaki lemas mandi di Sungai Kedondong

PASUKAN Bomba mengangkat mayat mangsa lemas di Sungai Kedondong, Batang Kali petang tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.50 petang apabila mangsa,Muhammad Kamal Nordin, 22, mandi bersama enam rakannya di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.56 petang berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi dan operasi pencarian dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

“Mangsa ditemukan pada pukul 5.15 petang berhampiran tempat dia dipercayai tenggelam dengan kedalaman kira-kira tiga meter.

“Tujuh sekawan ini termasuk mangsa terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan dan mereka datang dari Gombak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya