Polis sahkan pengasas Rumah Bonda didakwa esok - Utusan Malaysia

Polis sahkan pengasas Rumah Bonda didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Pengasas Rumah Bonda akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok atas pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pendakwaan akan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ya, pengasas rumah bonda akan didakwa esok, maklumat pertuduhan tunggu esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang juga pengasas Rumah Bonda ditahan polis selepas hadir di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang remaja orang kurang upaya (OKU).

Polis juga memohon supaya wanita itu ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu, bagaimanapun Mahkamah Majistret menolak permohonan itu berikutan ia dilakukan melebihi tempoh 24 jam dari wanita itu ditahan.

Sebelum itu, tular di laman sosial mengenai remaja yang mengalami sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Berikutan itu, rumah kebajikan itu turut disita melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

Pelindung Unit Kanak-Kanak JKM turut mengambil tindakan terhadap enam kanak-kanak dengan mengeluarkan mereka daripada rumah kebajikan itu.

Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella dan mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di media sosial. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya