Kru kapal warga India parah terjatuh dalam tangki pemberat kapal - Utusan Malaysia

Kru kapal warga India parah terjatuh dalam tangki pemberat kapal

ANGGOTA Maritim memberikan bantuan perubatan kepada seorang kru yang terjatuh dalam tangki pemberat atau 'ballast tank' di perairan Pulau Jarak di Lumur semalam. - UTUSAN/IHSAN MARITIM MALAYSIA PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang kru kapal tangki parah selepas terjatuh ke dalam tangki pemberat atau ‘ballast tank’ yang terdapat di dasar kapal tersebut dekat perairan Pulau Jarak malam tadi.

Mangsa warganegara India berusia 21 tahun, patah tulang belakang dan cedera parah di bahagian kepala, namun, dilaporkan stabil.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, sejurus menerima laporan daripada ejen kapal tangki tersebut, bot pemintas Benteng digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira pukul 8.30 malam bagi melaksanakan pemindahan dan bantuan perubatan kepada mangsa.

“Bot Benteng Maritim tiba di lokasi kejadian di sekitar 31.7 batu nautika barat laut Pulau Jarak kira-kira pukul 3 pagi dan terus melaksanakan pemindahan mangsa dari kapal tangki ke bot untuk dibawa ke jeti Perikanan Kampung Acheh di Sitiawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shahrizan, mangsa telah selamat tiba di jeti pada pukul 4.30 pagi dan segera dibawa ke Hospital Pantai Seri Manjung bagi tindakan susulan.

Maritim Perak meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya