Maqis rampas ayam sejuk beku dari Thailand - Utusan Malaysia

Maqis rampas ayam sejuk beku dari Thailand

SEBAHAGIAN daripada keratan ayam sejuk beku yang dirampas oleh Maqis di ICQS Bukit Kayu Hitam, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT KAYU HITAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 24 tan keratan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM390,240 dari negara jiran di sini, Rabu lalu.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, sebanyak 2,000 kotak paha ayam tanpa tulang itu dirampas selepas pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah lori kontena di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini pada pukul 6.15 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati keratan ayam itu cuba dibawa masuk dengan mengemukakan maklumat tidak tepat dan dokumen yang mengelirukan.

“Kegagalan mengemukakan maklumat tepat atau mengelirukan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau keduanya sekali di bawah akta sama,” katanya dalam suatu kenyataan di sini hari ini.

Lily Rosalind berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemeriksaan di pintu masuk sempadan bagi memantau keluaran produk pertanian yang diimport ke dalam negara supaya pengimport mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.

Tambahnya, langkah tersebut diambil bagi memastikan kawalan penyakit serta jaminan keselamatan makanan terpelihara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya