Kanak-kanak 11 tahun dirogol di rumah kebajikan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 11 tahun dirogol di rumah kebajikan

MOHD. PADZLI MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di daerah ini dipercayai menjadi mangsa rogol dalam satu kejadian, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

Katanya, polis telah menerima laporan polis daripada seorang penjaga rumah kebajikan itu pada pukul 3.17 petang melaporkan terdapat seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal di rumah kebajikan telah dirogol.

“Hasil siasatan yang dijalankan, polis telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an pada Ahad lalu untuk membantu siasatan dijalankan.

“Tangkapan tersebut dibuat sekitar bandar raya ini. Kita masih menyiasat peranan lelaki itu dengan rumah kebajikan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Padzli berkata, lelaki terbabit ditahan reman selama tujuh hari sejak kelmarin hingga Ahad ini.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang menimpa kanak-kanak perempuan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya