Bot nelayan tempatan ditahan - Utusan Malaysia

Bot nelayan tempatan ditahan

BOT nelayan tempatan kelas C yang dikendalikan enam kru warga Vietnam ditahan di perairan Kuala Kemaman di Kemaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama enam kru warga Vietnam yang tidak memiliki permit kerja, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Malaysia Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, bot itu ditahan di kedudukan 59 batu nautika dari Kuala Kemaman di sini pada pukul 4.56 petang.

“Kita menerima maklumat daripada orang awam wujud aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan asing di sekitar perairan Pulau Tenggol di Dungun.

“Ketika ditahan, kru bot dengan nombor berpendaftaran JHF 5433 T itu leka menangkap ikan dan pemeriksaan mendapati kesemua mereka yang berumur 28 hingga 47 tahun tiada permit kerja sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rashidilhadi berkata, pihaknya merampas hasil laut dan 9,000 liter bekalan diesel yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

Katanya, bot bersama kru kemudian dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya