Polis buru lelaki tikam isteri angkara cemburu - Utusan Malaysia

Polis buru lelaki tikam isteri angkara cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya kerana cemburu, seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah selepas ditikam suami sendiri dalam satu kejadian di Sungai Ramal, Kajang dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.52 petang itu, satu laporan diterima daripada orang awam berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, susulan kejadian itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dimasukkan ke zon kritikal Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Kata beliau, mangsa  mengalami kecederaan parah akibat ditikam dengan senjata tajam di rumahnya. 

“Hasil pemeriksaan awal menemukan kesan empat tikaman di bahagian dada, tangan kiri (dua), kaki kanan dan di bawah dagu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zaid, polis kini dalam mengesan suspek utama yang juga suami mangsa dikenali dengan nama panggilan Johari atau Jo berusia dalam lingkungan 40-an.

“Siasatan awal mendapati, punca suspek bertindak menikam mangsa disebabkan wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya