4 ditahan bersama dadah bernilai lebih RM10,000 - Utusan Malaysia

4 ditahan bersama dadah bernilai lebih RM10,000

SHAFEE Abdul Samad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dan merampas dua jenis dadah bernilai lebih RM10,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sentul Jaya, di sini pukul 5 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, kesemua suspek berusia di antara 18 hingga 24 tahun dengan tiga daripadanya dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Shafee berkata, antara dadah ditemukan di atas lantai rumah itu ialah satu plastik yang mengandungi 27 paket kecil dipercayai methamphetamine seberat 52.01 gram bernilai RM5,201.

“Turut dijumpai ialah plastik lain yang mengandungi 19 paket berisi kanabis (ganja) seberat 101.3 gram yang dianggarkan bernilai RM5,065,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati hanya dua daripada kesemua suspek itu mempunyai sejarah rekod lampau iaitu masing-masing satu dan tiga rekod berkaitan dadah dan jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” ujar beliau.

Tambahnya, polis turut menyita dua buah motosikal masing-masing jenis Yamaha Y15 dan Honda EX5 untuk siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya