37 individu solat berjemaah melebihi jumlah ditetapkan kena kompaun - Utusan Malaysia

37 individu solat berjemaah melebihi jumlah ditetapkan kena kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Sikap 37 individu yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) terus menunaikan solat berjemaah melebihi bilangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mengundang padah apabila mereka dikompaun polis, kelmarin.

Kesemua individu berusia 20 hingga 70 tahun itu dikompaun  dalam pemeriksaan pematuhan SOP yang dilakukan di dua surau di Mukim Chetok di sini, pada pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa pemeriksaan  kesemua jemaah tidak memakai pelitup muka selain tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

“Selain itu kumpulan tersebut juga didapati menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun kerajaan negeri sudah mengumumkan SOP berkaitannya.

“Apa yang dilakukan jemaah ini boleh mendedahkan mereka dan keluarga masing-masing kepada bahaya penularan Covid-19,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, selain jemaah dewasa, terdapat juga kanak-kanak berusia antara lima hingga 10 tahun  namun polis tidak mengambil sebarang tindakan ke atas mereka kerana masing di bawah umur.

“Dalam pemeriksaan di lokasi pertama sebanyak 28 saman dikeluarkan manakala dalam pemeriksaan kedua sembilan kompaun dikeluarkan,” ujarnya.

Mohd. Nasaruddin berkata, masyarakat sepatutnya patuh kepada segala arahan kerajaan dalam usaha mengekang peningkatan jumlah mangsa Covid-19 yang semakin membimbangkan di Kelantan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya