MyKad hilang, 107 buat laporan palsu  - Utusan Malaysia

MyKad hilang, 107 buat laporan palsu 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa disamun atau diragut bagi mengelak didenda kerana kehilangan kad pengenalan (MyKad).

Itu antara tindakan diambil segelintir orang awam bagi mengelak membayar denda kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima sebanyak 107 laporan kes jenayah itu yang didapati palsu sepanjang tahun lalu.

“Berdasarkan laporan dibuat, kertas siasatan pada awalnya dibuka mengikut Seksyen 392/ 395 Kanun Keseksaan iaitu samun atau samun berkumpulan. Namun, hasil siasatan mendapati tidak wujud elemen jenayah seperti dilaporkan malah pengadu turut gagal memberi keterangan sahih mengenainya.

 “Mereka sanggup membuat laporan palsu kerana bimbang tidak dapat memperbaharui MyKad atau perlu membayar denda kepada JPN,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian di sini hari ini.

 Menurut beliau, pihaknya sudah membuka kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

  “Ini melibatkan kesalahan memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan seorang penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang sehingga mendatangkan bencana kepada orang lain.

  Jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dihukum penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Justeru, Fadzil menasihatkan orang ramai tidak membuat laporan polis palsu atau cuba menyeleweng fakta demi kepentingan peribadi.

 Untuk rekod, bayaran denda yang perlu dibayar bagi mendapatkan gantian kad pengenalan  RM100 untuk kehilangan kali pertama.

  Bagi kehilangan kedua, denda dikenakan RM300 manakala RM1,000 bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya