Tujuh sahabat ditahan hisap dadah - Utusan Malaysia

Tujuh sahabat ditahan hisap dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Sekumpulan tujuh sahabat yang sedang leka menghisap dadah dengan menjadikan rumah terbiar sebagai sebagai markas membawa padah apabila mereka ditahan dalam satu serbuan semalam.

Kesemua lelaki warga tempatan berusia 27 tahun hingga 41 tahun termasuk salah seorangnya mempunyai rekod jenayah melibatkan pelbagai kesalahan dan pernah menjalani hukuman penjara lima tahun.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Agus Salim Mohd. Alias berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 3.55 petang melibatkan lima pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Katanya, polis membuat risikan selama sebulan dan menjalankan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor.

“Polis enahan tujuh lelaki warga tempatan dan menemukan 11 paket dadah disyaki jenis heroin dan syabu dianggarkan seberat 46.15 gram.

“Siasatan mendapati rumah kosong tersebut ditinggalkan oleh bapa angkat salah seorang suspek.

“Pemeriksaan lanjut mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah. Malah, salah seorang individu yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan dadah, jenayah pecah rumah dan curi kenderaan serta pernah dipenjara menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Agus Salim, ujian air kencing mendapati kesemua suspek yang ditahan positif dadah jenis morfin.

“Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan sebarang jenayah yang berlaku di Sabak Bernam di talian 03-32245963 atau melalui Facebook Polis Daerah Sabak Bernam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN