Peniaga komestik cedera diragut - Utusan Malaysia

Peniaga komestik cedera diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peniaga kosmetik dalam talian warga Thailand cedera akibat diragut lelaki bermotosikal dalam kejadian di Cheras Traders, Kajang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa berusia 29 tahun itu dikatakan sedang berjalan sebelum dihampiri lelaki yang menaiki motosikal dan melarikan beg silangnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang memaklumkan diragut di lokasi kejadian kira-kira pukul 7.30 malam.

“Kejadian itu juga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan akibat terseret. Wanita itu turut memberitahu beg silangnya mengandungi sejumlah wang tunai, dokumen peribadi dan juga dua telefon bimbit.

“Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan untuk siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Zaid, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurfaezatul Akma Rofiee di talian 017-5443931.

Beliau turut mengingatkan orang ramai terutama wanita yang membawa beg tangan dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berjalan dan mengelak berjalan secara bersendirian di kawasan yang sunyi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN