Empat lelaki mabuk ganggu tugas polis ditahan - Utusan Malaysia

Empat lelaki mabuk ganggu tugas polis ditahan

TANGKAP layar rakaman video seorang lelaki cuba melakukan provokasi terhadap anggota polis di Plaza Tol Slim River hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Empat lelaki mabuk ditahan selepas melakukan provokasi dan menghalang tugas penjawat awam di Plaza Tol Slim River di sini hari ini.

Kesemua lelaki berusia 25 hingga 41 tahun itu ditangkap anggota Unit Peronda Polis (MPV) Muallim dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat sekumpulan lelaki sedang mabuk dan membuat bising dengan memasang muzik yang kuat di lokasi kejadian.

Katanya, apabila sampai di lokasi, didapati empat lelaki sedang mabuk dan berada di luar kereta yang diletakkan di tepi jalan.

“Anggota MPV telah memberi nasihat agar mereka beredar dan tidak membuat bising.

“Bagaimanapun, dua daripada mereka telah mengamuk dan menyerang anggota tersebut dengan menolak badan serta mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa kejadian, seorang suspek juga telah bertindak merakam video dan cuba membuat provokasi ke atas anggota.

Katanya, siasatan mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 6(1) dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 serta Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Ujian air kencing ke atas kesemua suspek adalah negatif dan mereka direman tiga hari sehingga Ahad ini untuk siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 18 saat itu tular dalam media sosial hari ini seorang lelaki melakukan provokasi terhadap seorang anggota polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya