Buruh pula ditahan kes cemar Sungai Batang Benar - Utusan Malaysia

Buruh pula ditahan kes cemar Sungai Batang Benar

Keadaan sebatang sungai di Kampung Batang Benar yang dicemari sampah dan bangkai haiwan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis menahan seorang lagi lelaki di Kelantan yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran Sungai Batang Benar di Nilai sehingga menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air bersih di Selangor minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffie berkata, lelaki berumur 30 tahun dan bekerja sebagai buruh  ditahan pada pukul 12.30 pagi semalami di Kota Bharu dan  direman  enam hari sehingga 17 Oktober depan.

“Pada 12 Oktober, kira-kira 12.30 pagi sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan anggota D9 JSJ IPK Kelantan  menangkap seorang lelaki Melayu berumur 30 tahun di Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu untuk siasatan lanjut kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut beliau, dua lelaki yang ditahan minggu lepas akan disambung reman hari ini.

“Sambung reman dibuat di Mahkamah Seremban hari ini dan telah diluluskan  lima hari bermula esok sehingga 18 Oktober depan,” katanya.

Minggu lalu, polis menahan dua lelaki di Kelantan kerana disyaki dalang mencemarkan Sungai Batang Benar selepas  menerima aduan percemaran dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). 

Turut dirampas  sebuah lori treler yang disyaki digunakan untuk membuang bahan buangan di tapak pembuangan haram di Jalan Emas di Taman Perindustrian Nilai dekat sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN