Bapa ayam, dua wanita ditahan selepas polis serbu pusat pelacuran di Behor Temak - Utusan Malaysia

Bapa ayam, dua wanita ditahan selepas polis serbu pusat pelacuran di Behor Temak

WARI KIEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita yang menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah rumah di Behor Temak di sini, malam tadi.

Ketiga-tiga mereka termasuk lelaki terbabit yang berperanan sebagai ‘bapa ayam’ ditahan kira-kira pukul 11.30 malam hasil daripada risikan pihak polis.

Kesemua suspek berusia 19 hingga 25 tahun itu dikatakan tidak sampai sebulan melakukan aktiviti berkenaan dengan mengiklankan khidmat pelacuran itu melalui media sosial.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, selepas hampir satu jam melakukan pemeriksaan, sepasukan anggota polis bertindak menyerbu kediaman tersebut dan menahan individu terbabit.

“Sewaktu serbuan dilakukan, lelaki terbabit bertindak sebagai bapa ayam dan didapati ada aktiviti penawaran seks dilakukan di dalam rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut menemukan sejumlah kondom dan peralatan yang berkaitan dalam melakukan seks,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga 19 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B kerana menjalankan aktiviti pelacuran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN