ATM tahan tekong warga tempatan, tiga PATI Indonesia - Utusan Malaysia

ATM tahan tekong warga tempatan, tiga PATI Indonesia

SEORANG tekong warga tempatan bersama tiga PATI Indonesia ditahan anggota ATM dalam satu serbuan di Kota Tinggi hari ini. - FOTO/KHAIRUL MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang tekong warga tempatan bersama tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu serbuan di Kota Tinggi hari ini. 

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan memberitahu, tangkapan tersebut dibuat sempena Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged). 

“Ketika penguatkuasaan dibuat sekitar Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil, mereka telah melihat sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux mencurigakan di bahu jalan sekitar pukul 12 tengah malam.

“Hasil soal siasat mendapati pemandu berusia 32 tahun itu sedang menunggu PATI di lokasi berhampiran sebelum mengarahkan pemandu tersebut menunjukkan lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurut kenyataan itu lagi, setelah penjejakan dibuat, 3 PATI berusia antara 31 hingga 57 tahun berjaya ditahan di Ladang Belukar Durian, Sedili Kechil kira-kira pada pukul 12.30 pagi. 

“Turut dirampas dalam operasi berkenaan sebuah kenderaan, wang tunai dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM73,750. 

“Kesemua suspek ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk dibuat pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya