30 minit kejar bot sebelum tahan empat PATI - Utusan Malaysia

30 minit kejar bot sebelum tahan empat PATI

EMPAT PATI termasuk tekong warganagera Indonesia yang ditangkap Maritim Malaysia selepas menerima maklumat di perairan Tanjung Sepat, Selangor. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kecekapan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bertindak memintas sebuah bot berjaya melumpuhkan percubaan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.25 malam di kedudukan 7.6 batu nautika barat Tanjung Sepat, Selangor itu, dua bot Maritim Malaysia digerakkan setelah menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah bot yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka, Kapten Haris Fadzillah Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada stesen pengesanan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) berkenaan satu pergerakan masuk bot dari perairan Indonesia.

“Setiba di lokasi tersebut, kelihatan sebuah bot berada dalam keadaan mencurigakan dan telah memecut laju dengan cubaan berpatah balik ke perairan Indonesia sebaik menyedari kehadiran bot Maritim Malaysia.

“Dua bot Maritim Malaysia telah bertindak pantas mengejar bot berkenaan dengan mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum akhirnya bot tersebut berjaya ditahan pada pukul 9.55 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Haris Fadzillah, pemeriksaan ke atas bot pancung berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran yang menggunakan empat unit enjin sangkut jenama Yamaha 200 itu menemukan empat orang lelaki termasuk tekong warganegara Indonesia.

Ujar beliau, kesemua suspek yang ditangkap berusia antara 38 hingga 53 tahun itu dibawa ke jeti Maritim Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka untuk disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Kita mengesyaki bot yang ditahan itu menjalankan aktiviti penyeludupan berdasarkan kapasiti muatan yang besar serta keupayaan enjin bot tersebut mampu memecut pada kelajuan 52 knot,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya