Siasat punca pelajar dapat dadah - Utusan Malaysia

Siasat punca pelajar dapat dadah

AYOB KHAN MYDIN PICTHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor menyiasat dari mana 177 pelajar sekolah menengah memperoleh bekalan dadah di negeri itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pelajar yang positif dadah khususnya bagaimana mereka mendapatkan bekalan.

“Kita sedang siasat dan berkolobrasi dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan melihat punca mana mereka mendapatkan dadah.

“Adakah dalam sekolah? Adakah juga sindiket mengedar menyasarkan pelajar sekolah? Ini antara sedang kita siasat berdasarkan keterangan-keterangan yang diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Projek Rintis Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah Subtan dan Pelencongan Sosial di sini semalam.

Terdahulu, AADK Johor mendedahkan terdapat 177 pelajar sekolah menengah dikesan terlibat dengan gejala penagihan dadah di negeri ini.

Ia diperoleh menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap 10,132 pelajar di 280 sekolah di negeri ini.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar dan belia berusia 16 hingga 25 tahun berada membimbangkan.

Katanya, turut membimbangkan adalah peningkatan permintaan terhadap dadah jenis syabu selain munculnya dadah psikoaktif jenis baharu atau New Psychoactive Substances (NPS) di pasaran Asia yang menyasarkan golongan belia.

“Pada 2009, terdapat 130 jenis dadah termasuk NPS, namun pada tahun 2019, terdapat peningkatan iaitu sebanyak 892 jenis dadah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya