Maritim Malaysia tahan kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran

KAPAL tangki berdaftar di Malabo, Equatorial Guinea yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor kerana berlabuh tanpa kebenaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal tangki kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, Pontian semalam.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal berkenaan yang berdaftar di Malabo, Equatorial Guinea ditahan pada pukul 11.44 pagi pada kedudukan 4.1 batu nautika tenggara Tanjung Piai. 

“Ketika diperiksa, nakhoda kapal yang membawa muatan 80 tan Marine Diesel Oil (MDO) itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dalam negara ini. 

“Sehubungan itu, kapal berkenaan berserta lima kru termasuk seorang nakhoda berusia 24 hingga 56 tahun ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Nurul Hizam, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 491(B) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia. 

“Maritim Johor akan sentiasa meningkatkan operasi dan pemantauan bagi menguatkuasakan undang-undang maritim Malaysia. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jenayah maritim boleh hubungi kami di talian 072199404,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN