Jenayah dadah negara ‘menakutkan’ - Utusan Malaysia

Jenayah dadah negara ‘menakutkan’

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid menyifatkan masalah dadah di negara ini ‘menakutkan’ kerana hampir setiap hari pasti ada ahli masyarakat dicemari elemen negatif jenayah tersebut.

Malah, tegas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berdepan ancaman jenayah tersebut yang tidak mengenal batasan umur, bangsa, agama, pekerjaan dan negeri.

Menurut beliau, walaupun Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mencatatkan pelbagai kejayaan tangkapan dan rampasan namun pencapaian ini tidak dapat menafikan bahawa kegiatan dadah sangat berleluasa di negara ini.

“Ini termasuk kegiatan pemprosesan, pengedaran dan penagihan dadah. Keadaan ini amat menakutkan. Hampir setiap masyarakat diserap elemen jenayah ini.

“Kita sedia maklum, dadah adalah musuh nombor satu negara dan menjadi menjadi tanggungjawab saya untuk menanganinya dengan serius,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Dalam pada itu, menurut Abdul Hamid, beliau mendapati tanggungjawab pegawai dan anggota JSJN amat berat serta ditambah dengan kerja-kerja siasatan yang rumit dan berlapis dalam usaha membanteras jenayah dadah.

Jelasnya, masalah kekurangan tenaga kerja melibatkan JSJN amatl ketara kerana masalah ini wujud di setiap pelosok negara.

“Ketika ini keanggotaan JSJN di seluruh negara kira-kira 5,000 orang atau hanya lima peratus berbanding anggota dan pegawai di jabatan PDRM lain dan kita memerlukan sekurang-kurangnya 16,000 lagi pegawai dan anggota JSJN.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membentangkan hujah-hujah yang sahih dalam usaha menambah perjawatan JSJN,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya