Dua lelaki pecah rumah ditahan - Utusan Malaysia

Dua lelaki pecah rumah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Polis menahan dua lelaki berusia antara 27 hingga 46 tahun kerana dipercayai terlibat dalam satu kegiatan pecah rumah di Bandar Putra di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kedua-dua suspek ditahan menerusi serbuan berasingan dijalankan pihaknya di sekitar Kulai. 

Menurut beliau, serbuan berkenaan dijalankan pada pukul 6.50 pagi. 

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam jenayah pecah rumah di kawasan Bandar Putra. Malah kedua-dua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beng Yeow turut memberitahu, pihaknya turut merampas barang curi termasuk tiga kamera, empat telefon pintar, lima utas jam tangan, sepasang anting-anting, dua komputer riba dan dua buah kenderaan. 

Tambah beliau, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN