1.3 tan daun ketum dari Sik ke Pasir Mas - Utusan Malaysia

1.3 tan daun ketum dari Sik ke Pasir Mas

ZULKIFLI Mahmood (kiri) menunjukkan daum ketum yang dirampas dalam sekatan jalan raya pada Jumaat lalu dalam sidang akhbar di IPD Gerik semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Polis menahan empat lelaki bersama 1.3 tan daun ketum yang cuba diseludup ke Kelantan dalam sekatan di Kilometer 9, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli berhampiran Sungai Lebey di sini Jumaat lalu.

Semua suspek ditahan pada pukul 9 malam ketika pemeriksaan polis terhadap dua buah kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Chery Eastar.

Pemeriksaan menemukan 133 bungkusan berisi daun ketum seberat 1.33 tan bernilai RM13,000 dalam dua buah kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia 27 hingga 37 tahun.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan Isuzu D-Max menemui 68 bungkusan plastik hitam di bahagian but dan 65 lagi ditemukan dalam kenderaan MPV.

“Kedua-dua kenderaan itu disita dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk pemeriksaan lanjut,” katanya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek dari Kelantan dipercayai memandu lebih 300 kilometer ke Kedah untuk mendapatkan daun ketum.

“Mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan ini sejak sebulan lalu.

“Mereka mendapat upah RM300 dan RM500 memandu dari Kelantan menuju ke Sik untuk mengambil daun ketum dan di bawa ke Pasir Mas,” katanya.

Zulkifli berkata, kesemua suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Tangkapan ini adalah yang terbesar tahun ini. Sejak Januari hingga bulan lalu, IPD Gerik berjaya merampas 2.7 tan daun ketum dan 276.8 liter air ketum membabitkan 49 kes,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya