Taktik warga asing jual arak, rokok seludup terbongkar - Utusan Malaysia

Taktik warga asing jual arak, rokok seludup terbongkar

BAHARUDIN Mat Taib (dua dari kiri) menunjukkan arak dan rokok seludup yang dirampas pihaknya dalam operasi khas membanteras warga asing di sekitar Shah Alam. - FOTO/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bukan sahaja tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tetapi turut berani menjual arak dan rokok secara haram menggunakan pintu belakang.

Namun, taktik puluhan warga asing yang melakukan kegiatan penjualan arak dan rokok itu tumpas apabila satu operasi khas dijalankan selama 10 hari bermula 12 Ogos lalu.

Dalam operasi khas tersebut, seramai 68 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga warga tempatan berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, semua suspek berusia 17 hingga 45 tahun itu diberkas dalam 37 serbuan dijalankan bermula 12 hingga 21 Ogos lalu.

“Operasi tersebut meliputi pemeriksaan ke atas 367 kedai, premis perjudian dan gerai haram di sekitar daerah ini.

“Hasil pemeriksaan kemudian menahan 69 lelaki dan dua wanita selepas didapati melakukan kesalahan imigresen dan kastam.

“Tangkapan membabitkan PATI warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Sri Lanka dan Pakistan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini semalam.

Dalam pada itu, Baharudin berkata, hasil serbuan itu, pihaknya turut merampas ribuan kotak arak dan rokok seludup yang dianggarkan berjumlah RM90,100.

“Rampasan ini melibatkan sebanyak 4,335 kotak rokok manakala jumlah keseluruhan arak iaitu 2,929 tin dan 1,247 botol pelbagai jenama.

“Bagi kesalahan kastam, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976. 

Manakala, bagi kesalahan tiada dokumen perjalanan pula disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya