Tahanan polis berjaya diberkas selepas enam jam melarikan diri - Utusan Malaysia

Tahanan polis berjaya diberkas selepas enam jam melarikan diri

POLIS berjaya memberkas semjula suspek selepas melarikan diri dari tahanan ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah, Melaka, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang tahanan polis hanya sempat ‘bebas’ selama enam jam sebelum berjaya diberkas semula malam tadi.

Lelaki berusia 41 tahun tersebut sebelum itu dirawat di Hospital Alor Gajah setelah mengadu mengalami sawan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, orang tahanan (OT) atas kesalahan memiliki dadah itu bagaimanapun telah melarikan diri ketika mandi di Hospital Alor Gajah pada pukul 4.50 petang semalam.

“OT telah melarikan diri melalui tingkap bilik air yang mana telah disedari anggota polis bertugas.

“Suspek yang memasuki kawasan hutan di belakang hospital kemudian diburu polis dengan bantuan pengawal keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, gerakan mengesan OT dilakukan melibatkan kekuatan 50 anggota termasuk RELA, penduduk kampung dan unit anjing pengesan polis (K9).

“Akhirnya, suspek berjaya diberkas pukul 10.20 malam tadi di tepi jalan besar Jalan Lendu, Kampung Kelemak, Alor Gajah ketika sedang menyorok di bawah kereta.

“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya semula suspek dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Suspek sebelum itu ditahan di rumahnya di Masjid Tanah pada 19 Ogos lalu atas kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.  

Arshad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari tahanan yang sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya